KUALA LUMPUR: Mesej tular mengatakan hujan lebat berterusan yang berlaku beberapa hari lepas adalah disebabkan ekor Taufan Rai yang membadai Filipina ketika ini dan dalam perjalanan ke arah barat menuju Malaysia, adalah tidak benar sama sekali.
Tegas Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, tidak dinafikan taufan itu sedikit sebanyak menyumbang, tetapi fenomena yang melanda negara beberapa hari lepas adalah disebabkan pertembungan beberapa keadaan.
Katanya, apa yang berlaku sebenarnya adalah satu fenomena yang dipanggil 'tropical depression' atau lekukan tropika yang terbentuk di Laut China Selatan yang bergerak melanda Pahang pada asalnya.
Kemudian kekuatannya berkurangan dan diklasifikasikan sebagai satu sistem tekanan rendah.
“Ia bergerak ke arah barat dan mempengaruhi kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur dan Selangor, dan ianya berakhir di Selat Melaka sekitar 17 Disember.
“Jadi sistem tersebut berinteraksi dengan luruan monsun atau 'cold surge' iaitu deruan angin kencang yang datang dari China, menyebabkan berlaku hujan lebat luar biasa tempoh hari,” katanya.
Taufan Palau pula terbentuk daripada lekukan tropika di Laut Pasifik yang semakin menguat tatkala ia bergerak ke barat dan mencapai kemuncaknya apabila sampai ke pantai timur Filipina pada 16 Disember.
Taufan itu terus bergerak ke barat ke Laut China Selatan dan melemah. Namun pada 18 Disember, ia menguat semula tetapi melemah kembali pada keesokan harinya sambil bergerak terus ke arah barat-barat laut.
Maka berdasarkan fakta itu Helmi menafikan dakwaan bahawa akan sampai taufan itu ke tanah ini, malah berdasarkan cerapan terkini Met Malaysia mendapati tiada tanda-tanda akan berlaku lagi episod hujan lebat berterusan dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu akan datang ini.
“Kami telah menamatkan amaran hujan lebat berterusan pada 19 Disember dan pihak kami juga tidak menjangkakan dalam tempoh terdekat ini akan berlaku episod hujan lebat di negara kita.
“Setakat ini belum ada tanda-tanda awal lagi berdasarkan rujukan kami kepada model-model global juga model-model cuaca yang dioperasikan oleh pihak kami,” katanya.
Tonton temu bual penuh beliau dalam program Agenda AWANI bersama hos Essan Yahya, di sini:
Israr Khalid
Mon Dec 20 2021
Cuaca luar biasa yang melanda negara adalah disebabkan pertembungan beberapa keadaan tekanan udara dan pergerakan angin. - Foto BERNAMA
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.